Seremban - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban telah melakukan kunjungan hormat kepada YTM Dato' Klana Petra Dato' Hj. Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong di Balai Undang Luak Sungei Ujong baru-baru ini. Kunjungan hormat ini bertujuan bertukar pandangan dalam membangunkan bandaraya Seremban ke arah pembangunan mampan, progresif dan berdaya saing. Hadir sama Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS dan En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Komunikasi Korporat MBS. Semoga Allah rahmati YTM.