Seremban, 9 September 2026- Ybrs. Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada En. Muhammad Asri bin Ibrahim Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Selatan di Wisma MBS sebentar tadi. Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program MADANI Kita (PMK) Komuniti Labu@Rasah akan dianjurkan oleh J-KOM pada 26 September 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Desa Cempaka dan Padang Taman Desa Cempaka, Labu, Negeri Sembilan. Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat selari dengan perkembangan semasa. Hadir sama Pengarah, Ketua Unit dan pegawai daripada MBS serta barisan pegawai daripada JKOM Zon Selatan.