Membina Integriti, Memperkasa Tadbir Urus, Menolak Rasuah
SEREMBAN, 14 & 15 September 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Unit Integriti telah mengadakan Kursus Perolehan Bebas Rasuah selama dua hari dengan penyertaan seramai 50 peserta termasuk urusetia dari kalangan pegawai dan kakitangan MBS. Kursus ini turut menampilkan pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penceramah, dengan memberi penekanan terhadap aspek integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan urusan perolehan. Peserta turut didedahkan kepada tatacara perolehan yang betul, mengenal pasti risiko salah laku serta memperkukuhkan kesedaran dalam mencegah rasuah, penyelewengan dan konflik kepentingan. Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat diterapkan dalam tugasan harian bagi memastikan setiap urusan perolehan dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti.
Tolak Rasuah. Teguh Integriti.