Seremban, 13 Disember 2025 – Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Lorong Seni Terpanjang di Malaysia, Lorong Seni Seremban telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8.30 malam di Benteng Walk, Seremban. Majlis bersejarah ini menyaksikan Lorong Seni Seremban menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records sebagai lorong seni terpanjang di Malaysia, sekali gus mengharumkan nama bandar Seremban di peringkat kebangsaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Majlis turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Chong Say Hoo, Ahli Majlis MBS, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan serta Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban. Lorong Seni Seremban yang dibangunkan sejak tahun 2019 sepanjang 1km (perjalanan pergi balik) melibatkan lebih 50 mural dengan kos keseluruhan RM2.5 juta, berteraskan konsep “mengembalikan lorong kepada orang awam”. Inisiatif ini bukan sahaja memperindah bandar, malah menghidupkan semula ekonomi setempat, menarik pelancong serta mengangkat Seremban sebagai bandar kreatif dan inklusif. Pengiktirafan ini menjadi satu pencapaian penting buat Majlis Bandaraya Seremban dan komuniti setempat, selari dengan aspirasi mempromosikan Seremban sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 serta memperkukuh kedudukan Lorong Seni Seremban sebagai destinasi seni dan pelancongan utama negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















