Seremban , 21 Februari - Satu OPS Pembuangan Sampah Kecil (PSK) bersama SWCorp dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah dilaksanakan di sekitar Bandar Seremban pagi tadi. Sepanjang operasi dijalankan, tiga (3) individu telah dikesan melakukan kesalahan membuang puntung rokok di kawasan awam sekitar bandar ini. Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) kepada semua OKK/OKN terlibat. Operasi berjalan lancar dan terkawal. Tindakan ini dilaksanakan sebagai langkah mendidik orang awam serta memastikan tahap kebersihan di kawasan bandar sentiasa terpelihara. Operasi pada hari ini dihadiri oleh Ybhg Dato’ Ir. Ts. Hj Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS, En. Hanizam bin Ahmad Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan , dan En. Muhammad Shahidan bin Rahim Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran serta En. Muhd Irwan Bin Mohd Kasim, Pengurus Cawangan SWCorp Seremban. Tujuan operasi ini juga bagi memberikan kesedaran awam kepada individu supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |






