Paroi, 25 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir dan bersama-sama dalam Program Bubur Lambuk anjuran Majlis Bandaraya Seremban bersama Bank Rakyat & PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan. Aktiviti persediaan dan memasak bubur lambuk ini diadakan di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang turut disertai kakitangan MBS, Bank Rakyat dan PUSPANITA. Dalam pada itu, YBhg. Datuk Bandar turut membantu membuat persediaan dan menyempurnakan sesi penyerahan bubur lambuk kepada Bank Rakyat, Puspanita & Ketua Jabatan Unit MBS sebelum membuat agihan di lokasi dan bazar ramadan terpilih. Turut hadir Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusuf, Setiausaha MBS, Encik Nasarudin bin Ab Hadi, Ketua Wilayah Bank Rakyat Melaka / Negeri Sembilan, YBhg. Datin Hajah Nor Azian binti Dato’ Mohd Nordin, Pengerusi Biro Kebajikan Dan Kesukarelawan PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan serta ketua jabatan / unit MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





















