Seremban, 2 Mac 2026 - Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, telah menyempurnakan Program Memasak Bubur Lambuk yang diadakan di perkarangan tenpat letak kereta Wisma MSB. Program ini merupakan anjuran bersama Badan Kebajikan Islam MBS, Surau SHAMS Wisma MBS, Kelab Kebajikan & Rekreasi MBS dan ANUALAE Cawangan Seremban yang dilaksanakan secara gotong-royong. Tuan Setiausaha telah mewakil YBhg. Datuk Bandar untuk membuat penyerahan kepada semua Ketua Jabatan & Unit MBS sebagai simbolik pengagihan kepada semua kakitangan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada kesemua yang terlibat dalam menjayakan program ini.