Seremban, 15 September 2026 – Lebih daripada 7,000 pengunjung telah hadir memeriahkan Sambutan Ambang Hari Malaysia 2026 anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di Padang MBS. Pelbagai pengisian menarik turut disediakan, termasuk persembahan daripada artis-artis tanah air, persembahan kebudayaan serta pertunjukan bunga api yang memeriahkan suasana program ini. Program ini turut dihadiri YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Dr. Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Barisan YB Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dan YB ADUN serta YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS. Semoga kepelbagaian silaturahim antara masyarakat terus diharmonikan serta memupuk semangat kebersamaan dalam meraikan Hari Malaysia yang penuh bermakna.
SELAMAT HARI MALAYSIA