Nilai, 11 Februari - YBhg Dato Ir. Ts. Hj Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah turun padang bersama YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Nilai dalam meninjau fasiliti awam dan cadangan beberapa pembangunan di sekitar Nilai. Turun padang ni adalah bertujuan untuk menambah baik dan menaiktaraf fasiliti awam seperti menaiktaraf pintu gerbang Taman Asoka Mantin, cadangan membina Taman Rekreasi Awam Mantin, menaiktaraf Pasar Awam Mantin dan menaiktaraf pintu masuk ke Nilai dari Tol Nilai. Turut hadir bersama En. Thanabalan A/L Ramiah Ahli Majlis MBS, Tuan Ir.Ts. Br. Mohd Kamal Bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta pegawai-pegawai MBS.