Seremban, 11 September 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan ziarah kasih ke atas keluarga Allahyarham Mohd Fikri Arief bin A Azmi di kediaman waris di Taman Sri Pagi, Senawang. Allahyarham merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Pengurusan Kualiti & Strategik MBS dan telah kembali ke rahmatullah pada 2 September 2026 (Rabu). Dalam ziarah tersebut, Datuk Bandar turut menyampaikan sumbangan serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga MBS terhadap waris yang ditinggalkan. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dalam menghadapi kehilangan insan tersayang serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, TPr. Mohd Daud bin Ahmad, Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam (BAKI) MBS, Ketua Jabatan dan Unit MBS serta Sekretariat BAKI MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





