1. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Daerah Seremban dan berminat untuk menjalankan perniagaan.
     
  2. Pemohon mesti mempunyai kendera saji (foodtruck).
     
  3. Hanya jualan makanan dan minuman sahaja dibenarkan.
     
  4. Bagi sesiapa yang berminat, boleh mengisi borang Permohonan Lesen Penjaja/Gerai(BPL-02) yang boleh didapati di kaunter Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran atau muat turun borang di https://www.mbs.gov.my/ms/servis-mbs/jabatan- pembersihan-kesihatan-persekitaran
     
  5. Pengisian diutamakan kepada pendaftaran yang terawal.
     
NAMA LOKASI BILANGAN TAPAK DISEDIAKAN BILANGAN TAPAK KOSONG
Tapak Penjaja Kendera Saji (Foodtruck) Di Sebelah Balai Polis Sikamat

9

7

Tapak Foodtruck Sikamat
 
Tapak Foodtruck Sikamat

 

CARA - CARA MEMOHON
  1. Pemohon hendaklah menggunakan dan mengisi borang Permohonan Lesen Penjaja/Gerai (BPL-02) yang boleh didapati di kaunter Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran atau muat turun borang di https://www.mbs.gov.my/ms/servis-mbs/jabatan- pembersihan-kesihatan-persekitaran
     
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan :-  
    • Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan / syarikat SSM
    • Dua (2) keping gambar berukuran pasport
    • Satu (1) salinan surat suntikan (Perniagaan makanan dan Minuman)
    • Satu (1) salinan kursus pengendali makanan (Perniagaan makanan dan Minuman)
       
  3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-  
    • Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan.
    • Tidak lengkap atau tidak jelas
    • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
    • Borang yang tidak ditandatangani
    • Permohonan yang diterima selepas masa dan tarikh tutup.
    • Bukan pemastautin negeri sembilan.
    • Memohon lebih daripada 1 lot  (hanya 1 lot sahaja akan diterima)
       
  4. Alamat Jabatan   :

    Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran
    Majlis Bandaraya Seremban Wisma MBS,
    Persiaran Forest Heights 1, Jalan Seremban – Tampin,
    70450 Seremban, Negeri Sembilan

    atau

    Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran
    Pejabat MBS Cawangan Nilai
    No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan,Persiaran Pusat Bandar,
    71800, Putra Nilai, Negeri Sembilan
     

  5. Catatan Am  
    • Calon-calon akan dihubungi melalui panggilan telefon atau secara bersurat.
    • Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban.