Dimaklumkan bahawa WAHNOR ENTERPRISE iaitu Syarikat yang dilantik oleh MBS akan menjalankan kerja-kerja penebangan dan pemotongan pokok di Jalan Tuanku Antah ( Berhadapan Stesen KTM - Jalan Zaaba seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Ogos 2026 - 23 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Jalan Tuanku Antah - Jalan Zaaba
Sepanjang tempoh kerja dilaksanakan, gangguan lalu lintas mungkin berlaku di kawasan berkenaan. Pihak kontraktor akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya termasuk menyediakan papan tanda amaran, kon keselamatan serta pengawal trafik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya. Sehubungan itu, orang awam khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.