Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat akan dibuka secara rasmi untuk sewaan orang awam mulai 15 November 2023, Rabu. Antara fasiliti tempahan yang disediakan adalah seperti ketetapan berikut :

1. Dewan
2. Bilik Mesyuarat
3. 4 Unit Gelanggang Badminton

Walau bagaimanapun, dewan ini masih belum mempunyai tong sampah bagi tujuan  perkhidmatan pemungutan  sisa pepejal. Oleh yang demikian, penyewa hendaklah melantik mana-mana syarikat yang menawarkan khidmat pemungutan sisa pepejal 
terlebih dahulu sebelum membuat tempahan dewan. 

Klik DISINI untuk dapatkan senarai syarikat pemungutan sisa pepejal yang telah dikeluarkan oleh SWCorp Negeri Sembilan.

Untuk  tempahan dewan, sila hubungi Kaunter Tempahan Dewan di talian 067654426.

Terima kasih.