Seremban, 5 Disember 2025 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan kerja ke Lorong Seni. YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan turut meluangkan masa hadir bersama-sama bagi menilai keadaan semasa Lorong Seni serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan bagi memastikan kawasan tersebut kekal sebagai tarikan pelancongan bandar yang selamat, teratur dan berdaya saing. Lawatan bermula pada jam 8.00 malam di Lorong Seni Seremban, di mana pelbagai aspek infrastruktur, keselamatan, kebersihan dan kemudahan awam diteliti secara menyeluruh. Penganjuran lawatan kerja ini selaras dengan usaha berterusan Majlis Bandaraya Seremban dalam memperkukuh imej bandar raya sebagai destinasi pelancongan kreatif, selamat dan inklusif. Tumpuan terhadap penambahbaikan Lorong Seni Seremban secara holistik diyakini dapat mempertingkat daya tarikannya sebagai ikon seni bandar yang berpotensi menjadi tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Kerjasama bersepadu antara jabatan, komuniti dan pihak berkepentingan merupakan asas penting ke arah mewujudkan ruang awam yang lebih berkualiti serta mencerminkan identiti Seremban sebagai bandar raya yang mampan, bersih dan sejahtera. Turut hadir semasa lawatan diadakan ialah En.Chong Say Ho, Ahli Majlis MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban serta Pembantu Ahli Majlis.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












