Seremban, 14 September 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini telah menganjurkan Majlis Penutup Program Go Green MBS 2026 “Kenali Senibina Hijau” dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Green Building Index (GBI). Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MBS dalam memupuk kesedaran generasi muda mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar, konsep senibina hijau serta amalan pembangunan mampan. Sepanjang program, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk lawatan ke Bangunan Hijau Ajinomoto di Enstek, aktiviti kreatif reka cipta menggunakan bahan kitar semula serta Informative Collage. Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan pengalaman secara langsung, para pelajar dapat memahami dengan lebih dekat kepentingan mengamalkan gaya hidup hijau serta peranan mereka sebagai generasi pewaris dalam memastikan kelestarian alam sekitar. Pelaksanaan program ini juga selari dengan aspirasi MBS melalui Pelan Strategik MBS 2026–2030 dalam mengarusperdanakan pembangunan berkonsepkan mampan, selain menyokong usaha ke arah bandar raya Seremban yang ebih lestari, berdaya huni dan berdaya saing. Turut hadir semasa program berlangsung ialah Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Puan Norhezlin binti Amat Pengarah Kawalan Bangunan MBS selaku urusetia program dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS.
MBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMK Puteri, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Green Building Index (GBI) atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Ayuh bersama-sama membudayakan amalan hijau demi alam sekitar yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









