Pulau Pinang, 13 Septermber - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengondol dua anugerah sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2026 iaitu Johan Anugerah PBT Terbaik Pembayaran Tanpa Tunai tahun 2026 dan tempat Ketiga Anugerah Peningkatan Transaksi Tanpa Tunai Tertinggi sebentar tadi. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu,Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang, dengan tema “Sinergi Madani PBT Lestari, Persekitaran Harmoni” hari ini. Anugerah ini juga telah diterima oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin Datuk Bandar Seremban di dalam majlis yang berprestij dan turut dihadiri oleh Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, ketua - ketua jabatan dan pegawai- pegawai MBS. Anugerah yang diterima ini mencerminkan komitmen MBS dalam memperkasakan teknologi digital di dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat selari dengan matlamat Seremban Bandaraya Pintar menjelang 2027.