Medan, 9 September 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima Silver Award bagi kategori Education for Sustainable Development (ESD) dalam 1st IMT GT Green City Award 2026 anjuran Centre for Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle(IMTGT) Subregional Cooperation (CIMT). Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Thanadit Raktabutr Timbalan Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Kerajaan Thailand pada 9 September 2026 bertempat di Hotel JW Marriot Kota Medan, Indonesia yg diterima oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS, serta diiring TPr. Hj Nazri Bin A.Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBS. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan MBS dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan, khususnya melalui penerapan elemen pendidikan, kesedaran dan pembudayaan kelestarian. Pengiktirafan ini turut mengambil kira pelaksanaan pelbagai inisiatif dan projek kemampanan yang dilaksanakan oleh MBS secara menyeluruh dan berterusan, selaras dengan aspirasi serta hala tuju Pelan Tindakan Iklim Seremban 2035. Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada MBS untuk terus memperkasakan inisiatif bandar hijau dan rendah karbon serta memperkukuh kerjasama serantau ke arah bandar yang lebih pintar, hijau, berdaya tahan dan mampan. Satu pencapaian, satu kebanggaan, satu langkah ke arah masa depan yang lebih mampan. 
Seremban Mampan, Masa Depan Gemilang!