Pulau Pinang, 12 September- Majlis Bandaraya Seremban (MBS) meraih tempat ke-lima bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB - PBT) dan terus mengekalkan penarafan 5 Bintang untuk 3 kali berturut bagi kategori Bandaraya. Meskipun format baharu diperkenalkan MBS masih berjaya mengekalkan penarafan lima bintang sejak tahun 2022. Perkara ini dimaklumkan di dalam Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming, di Bertam Resort, Pulau Pinang sebentar tadi. Makluman semua penganjuran selama dua hari pada 12 hingga 13 September 2026 bertemakan “Sinergi MADANI- PBT Lestari, Persekitaran Harmoni” menjadi wadah memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT, selain memperkasa peranan PBT sebagai barisan hadapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam pada itu, program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’Ir.Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, barisan ketua jabatan dan unit dan pegawai-pegawai MBS.
Syabas Warga MBS dan Warga Seremban!
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





