Pulau Pinang, 13 September - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menerima Penarafan Bintang Audit Teknikal PBAT Kesihatan Persekitaran Tahun 2026 dengan pencapaian 5 Bintang sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Lebih membanggakan, MBS merupakan antara sembilan (9) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berjaya menerima pengiktirafan 5 Bintang bagi Penarafan PBAT Kesihatan Persekitaran pada tahun ini. Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu,Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang, dengan tema “Sinergi Madani PBT Lestari, Persekitaran Harmoni” hari ini. Anugerah ini telah diterima oleh Ybhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin Datuk Bandar Seremban di dalam majlis yang berprestij dan turut dihadiri oleh Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, ketua - ketua jabatan dan pegawai- pegawai MBS. Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh warga MBS dalam memastikan pengurusan kesihatan persekitaran dilaksanakan secara berkesan, sistematik dan berterusan demi mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, sihat, selamat dan lestari.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



