Labuan, 17 September 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), telah hadir ke Simposium JKRWPL 2026: Integrasi Perancangan, Pelaksanaan dan Inovasi Pembinaan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Wilayah Persekutuan Labuan. Simposium ini menghimpunkan pelbagai pengisian berkaitan perancangan, pelaksanaan serta inovasi dalam bidang pembinaan, di samping menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara agensi serta pemain industri. Turut hadir En Nuh Nurul Mushawwir bin Aziz, Ketua Jurutera, Jabatan Kejuruteraan MBS.